Home >> Pemilik kereta meninggal dunia. Macam mana Renew Roadtax?

Pemilik kereta meninggal dunia. Macam mana Renew Roadtax?
Pemilik kereta meninggal dunia. Macam mana Renew Roadtax?

Keadaan 1: Pemilik Kenderaan Meninggal Kurang dari 3 Tahun

Pembaharuan roadtax bagi kenderaan yang pemiliknya meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja dalam tempoh 6 bulan oleh waris. Pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja (tidak boleh perbaharui di pejabat pos / MYEG)

Selepas 6 bulan tamat, pembaharuan roadtax hanya boleh dibuat atas budi bicara JPJ, maksima selama 3 tahun. Selepas 3 tahun pemilik meniggal dunia, roadtax tidak lagi boleh diperbaharui kecuali apabila hakmilik telah bertukar.

Keadaan 2: Pemilik Kenderaan Meninggal Lebih dari 3 Tahun

Jika masih ada pinjaman, waris perlu menyelesaikan pinjaman kenderaan itu dahulu. Jika pinjaman sudah selesai atau tiada pinjaman, boleh Tukar Nama/Hakmilik. Selepas selesai tukar nama, boleh perbaharui insurans dan roadtax seperti biasa.

Macam mana nak Tukar Nama kalau pemilik kenderaan meninggal?

Langkah 1: Surat Kuasa
Kenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka.

Paling pentingnya, waris perlu membuat penukaran nama kenderaan tersebut melalui Surat Kuasa. Bagi mendapatakan Surat Kuasa tersebut, waris perlu hadir ke Mahkamah / Pejabat Tanah / Pejabat Daerah dan Amanah Raya bagi memulakan urusan pertukaran nama tersebut.

Salah satu dokumen berikut adalah wajib bagi urusan tersebut:

✔️Surat Perintah Mahkamah
✔️Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
✔️Surat Akuan Amanah Raya
✔️Surat Pentadbir Pusaka

Langkah 2: Pemeriksaan Puspakom
Selepas itu, penukaran nama pemilik kereta turut perlu melalui Puspakom untuk membuat pemeriksaan B5. (motosikal tidak perlu pemeriksaan Puspakom)

Langkah 3: Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru
Sebelum ke JPJ bagi proses tukar nama, pastikan anda beli Insurans Kenderaan dahulu atas nama pemilik baru. Jangan lupa beritahu ejen insurans kereta tengah dalam proses tukar nama.

Langkah 4: Proses Tukar Nama di JPJ dan mempebaharui Roadtax baru

********************************
Untuk maklumat lanjut / sebarang pertanyaan, sila hubungi kami

📱Whatapps:012-4089393

GET FREE QUOTE


🏛️Pejabat Alor Setar
No 82, Kedai Perumahaan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah
☏Telephone : 04-7309393

🏛️Pejabat Sungai Petani
No 143, Taman Ria Jaya, Jln Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani Kedah. (sebaris dgn Maybank Tmn Ria Jaya)
☏Telephone : 04-4422393

🖥Website: www.tkthank.com.my
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax